Kunjungan dari Tadika Pasti Al-Fakeh, Serkam dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Klebang Besar
Tuesday, 2024
04 SEPTEMBER 2024
Perpustakaan Negeri hari ini terasa meriah dan ceria apabila dikunjungi adik-adik kita dari Tadika Pasti Al-Fakeh, Serkam dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Klebang Besar.
Adik-adik kita seramai 74 orang
pelajar dan diiringi oleh13 orang guru telah dihiburkan dengan persembahan boneka, sesi bercerita oleh Kak Nazliah yang bertajuk “Kebijaksaan membawa kesenangan”, menyanyi dan menari bersama dan juga diadakan kuiz.
Selain melihat perkhidmatan yang ada di perpustakaan kanak-kanak, adik-adik kita juga didedahkan dengan zon interaktif PERPUSTAM. Terima kasih kerana sudi mengunjungi perpustakaan dan semoga berjumpa lagi
” “
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
No Comments
Sambutan Hari Kebangsaan ke 67 Peringkat Negeri Melaka 2024
Wednesday, 2024
Kontijen PERPUSTAM yang terdiri dari kakitangan Perpustakaan Negeri, Cawangan, Komuniti, Pekan, Desa dan Bas Begerak memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 dengan menyertai perarakan dan perbarisan dari Persiaran Jalan Merdeka, Banda Hilir sehingga ke Jalan Hang Tuah
Sungguh luar biasa sambutan yang diberikan oleh orang Melaka pada tahun ini. Semoga kita menghayati erti kemerdekaan dan menunjukkan semangat patriotisme dalam setiap aspek kehidupan bersesuaian dengan tema Malaysia Madani:
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Notis Penutupan Perkhidmatan Perpustakaan
Wednesday, 2024
Kepada pengguna perpustakaan yang dihormati,
Perpustakaan Negeri akan ditutup pada 31 Ogos 2024 (Sabtu) sempena Cuti Umum Hari Kebangsaan 2024.
:
( . – . )
- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
Raptai Penuh Perarakan Kemerdekaan 2024
Wednesday, 2024
PERPUSTAM turut menyertai raptai penuh perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 peringkat negeri Melaka yang bermula di Persiaran Jalan Merdeka, Banda Hilir, Melaka dan berarak sehingga ke Jalan Hang Tuah.
Mari orang Melaka sama-sama memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini dan jangan lupa lambai kepada Kontijen PERPUSTAM
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
()
Meriah Perpustakaan Negeri hari ini apabila dikunjungi oleh adik-adik kita dari Tabika Kemas Komta dan Tabika Kemas Taming Sari Sungai Udang.
Adik-adik kita seramai 90 orang pelajar dan diiringi oleh 6 orang guru telah dihiburkan dengan persembahan boneka, menyanyi dan menari bersama, sesi bercerita bersama Kak Tasya dengan cerita Sang Kerengga dan juga diadakan kuiz.
Selain melihat perkhidmatan yang ada di perpustakaan kanak-kanak, adik-adik kita juga didedahkan dengan zon interaktif PERPUSTAM.
Terima kasih kerana sudi mengunjungi perpustakaan dan semoga berjumpa lagi
” “
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti