PERPUSTAM menerima lawatan dari Sekolah Seri Kuala Lumpur yang dihadiri seramai 35 orang pelajar dan 3 orang guru pengiring. Sesi lawatan berpandu diadakan melibatkan persekitaran dalam perpustakaan negeri dan perpustakaan digital. Hal ini bagi memberi pendedahan kepada para pelajar berkaitan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan.
Terima kasih kerana sudi mengunjungi PERPUSTAM. Semoga dengan lawatan ini, para pelajar akan mulai minat untuk mengunjungi perpustakaan sebagai tempat pencarian sumber maklumat.