04 SEPTEMBER 2024
Perpustakaan Negeri hari ini terasa meriah dan ceria apabila dikunjungi adik-adik kita dari Tadika Pasti Al-Fakeh, Serkam dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Klebang Besar.
Adik-adik kita seramai 74 orang
pelajar dan diiringi oleh13 orang guru telah dihiburkan dengan persembahan boneka, sesi bercerita oleh Kak Nazliah yang bertajuk “Kebijaksaan membawa kesenangan”, menyanyi dan menari bersama dan juga diadakan kuiz.
Selain melihat perkhidmatan yang ada di perpustakaan kanak-kanak, adik-adik kita juga didedahkan dengan zon interaktif PERPUSTAM. Terima kasih kerana sudi mengunjungi perpustakaan dan semoga berjumpa lagi
” “