19 DISEMBER 2024 | KHAMIS
Sebelum musim persekolahan tahun 2024 melabuhkan tirainya, pihak SMK Ayer Molek tidak melepaskan peluang membawa pelajar-pelajar pendidikan khas mengunjungi PERPUSTAM. Kunjungan ini disertai seramai 36 orang pelajar diiringi 8 orang guru.
Ternyata para pelajar tidak tersalah alamat dengan memilih PERPUSTAM sebagai lokasi utama lawatan kerana pelbagai aktiviti menarik dihidangkan antaranya persembahan boneka, kuiz spontan, sesi bercerita bersama Kak Natasha yang bertajuk ‘Hentikan Buli’, lawatan berpandu dan permainan interaktif.
Lihatlah pelbagai celoteh dan mimik muka tanda keterujaan mereka ketika sesi lawatan berlangsung.
PERPUSTAM mengucapkan terima kasih kepada pihak SMK Ayer Molek atas kunjungan ini. Semoga pengalaman yang para pelajar lalui disini mampu menjadi titik permulaan untuk mereka hadir ke perpustakaan di masa akan datang.