PERPUSTAM telah menyertai Karnival Dekad Bahasa Kebangsaan anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang berlangsung pada 23 hingga 24 Oktober 2024 bertempat di Pusat Pembelajaran Bahasa, UTeM.
Selaku pempamer, PERPUSTAM menyediakan Perkhidmatan u-Pustaka : u-Library, Zon Bacaan Digital, Keahlian PERPUSTAM, Permainan Interaktif seperti Augmented Reality (AR) dan Virtual Reality (VR) serta Jualan Buku.
Terima kasih kepada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) atas jemputan. Semoga para pelajar dapat sedikit informasi berkaitan perkhidmatan yang disediakan di PERPUSTAM serta menjadikan perpustakaan sebagai lokasi pencarian sumber maklumat yang utama.