AKTIVITI CUTI SEKOLAH PERPUSTAM
27.02.2024| KATA-KATA TOKSIK
Terlajak perahu boleh diundur,
Terlajak kata badan binasa.
Aktiviti hari ini bertajuk ‘kata-kata toksik‘. Tetapi sebelum melayakkan adik-adik untuk bermain aktiviti ini, adik-adik perlu melepasi satu permainan di mana adik-adik meneka perkataan apakah yang cuba disampaikan oleh Abang D. Pasukan yang menang permainan ini akan ke peringkat seterusnya iaitu kata-kata toksik, berentap sesama sendiri dengan ahli pasukan. Sesiapa yang tersasul menyebut perkataan yang tertulis di dahi adik-adik, tanpa pengetahuan adik-adik sendiri, akan kalah dan yang berjaya bertahan lama akan menang! Tahniah kepada pemenang