Sambutan Hari Bapa Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024
Tuesday, 2024
HEBAHAN
Assalamualaikum dan Salam Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia Menggamit Dunia buat semua Warga Melaka.
Jom beramai-ramai memeriahkan Sambutan Hari Bapa Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024 pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh: 4 Julai 2024
Masa: 8.00 pagi- 12.30 tengah hari
Tempat:Dewan Taming Sari Pusat Keluarga LPPKN Melaka
Perasmi: YB Datuk Kalsom Bt Noordin; Exco Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti Negeri Melaka
Banyak pengisian yang menarik & interaktif menanti anda. Perlu mendaftar awal? Tak perlu…datang je, walk in ke program kami. SAVE The Date.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi LPPKN Melaka di talian 06-2325151.
- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
No Comments
Program Karnival Membaca Keluarga Madani Melaka 2024
Thursday, 2024
Satu program kerjasama antara PERPUSTAM dan Pusat Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM), UiTM Shah Alam, Selangor bakal menggamit kehadiran lebih ramai pengunjung ke perpustakaan negeri pada 22 Jun 2024 ( Sabtu). Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk disertai oleh orang-orang Melaka. Jangan lepaskan peluang keemasan ini bagi menjadi peserta dengan mengimbas Kod QR yang tertera pada poster.
22 Jun nak pergi mana?
Mana lagiii….Perpustakaan lerr
- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
Selamat Hari Pustakawan
Thursday, 2024
Selamat Hari Pustakawan kepada semua pustakawan dan warga perpustakaan di seluruh Malaysia.
Mengkalis Masa Hadapan Perpustakaan : BERINOVASI, BERADAPTASI, CEMERLANG
BERINOVASI
Menekankan perlunya perpustakaan untuk mengkalis masa hadapan mereka dengan menerima inovasi, menyesuaikan diri dengan persekitaran yang berubah-ubah dan berusaha untuk kecemerlangan.
BERADAPTASI
Menggaris pendekatan proaktif yang perlu diambil oleh perpustakaan untuk kekal relevan dan berkesan dalam memberi perkhidmatan kepada komuniti mereka seiring dengan kemajuan teknologi, anjakan masyarakat dan perkembangan keperluan pengguna.
CEMERLANG
Sebagai pustakawan, kita perlu menyesuaikan diri dan menerima pakai perubahan-perubahan ini mengikut keperluan perpustakaan.
Ikhlas Daripada :
Pengarah dan seluruh warga kerja PERPUSTAM
- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
PERPUSTAKAAN DIGITAL DIBUKA!
Tuesday, 2024
PERPUSTAKAAN DIGITAL
PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM MELAKA
Berita baik buat orang Melaka!!!
Perpustakaan Digital kini dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam dan turut dibuka semasa cuti umum iaitu dari jam 1.00 tengah hari hingga 10.00 malam.
Perpustakaan Digital yang telah memulakan operasi pada 1 Februari 2024 dan dirasmikan pada 23 April 2024 turut menawarkan perkhidmatan kafe (Reboot Kafe) bagi memberi pengalaman pengguna perpustakaan seperti berada di restoran segera yang popular.
Akses Internet dan wifi
Akses Komputer
Akses Tablet
Akses Bahan Digital
Ruang Bacaan
Ruang Belajar
Ruang Perbincangan
Ruang Makan & Minum
Ruang Penghawa Dingin
Ruang Santai dan Rehat
Mari ler singgah dulu, rasai pengalaman di Perpustakaan Digital dan rasai keenakan makan dan minum di Reboot Kafe
- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
PENGUMUMAN
Berikut ini adalah senarai nama pemenang Kuiz Maya Sempena Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit / Let’s Read Together For 10 Minutes yang telah diadakan baru-baru ini.
Tahniah diucapkan kepada pemenang.
- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
PERTANDINGAN BERCERITA : CERITA RAKYAT TEMPATAN
Tuesday, 2024
PERTANDINGAN BERCERITA : CERITA RAKYAT TEMPATAN
SIRI 1 DAERAH ALOR GAJAH
Adik-adik berbakat? Jom serlahkan bakat adik-adik dengan menyertai Pertandingan Bercerita Cerita Rakyat Tempatan Siri 1 Daerah Alor Gajah.
Tema : Cerita Rakyat Tempatan
Tarikh : 11 Mei 2024 (Sabtu)
Tempat : Perpustakaan Cawangan Alor Gajah
Hadiah lumayan menanti peserta.
Imbas kod QR untuk mendapatkan borang penyertaan, syarat- syarat penyertaan dan isikan borang kaji selidik pertandingan atau klik pautan :
Tarikh tutup penyertaan pada 8 Mei 2024
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :
Urus Setia Pertandingan Bercerita Cerita Rakyat Tempatan,
Perpustakaan Awam Melaka
242-1, Jalan Bukit Baru, 75150 Melaka.
Tel : 06-2824859 (Pejabat)
- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
HARI TANPA DENDA
Monday, 2024
Sempena Hari Buku & Hakcipta Sedunia , PERPUSTAM berbesar hati untuk mengecualikan denda bagi pemulangan lewat berkuat kuasa pada 22 hingga 30 April 2024 di seluruh rangkaian PERPUSTAM.
Kepada yang sudah terlewat meminjam buku, ambil lah kesempatan ini untuk memulangkan buku.
- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
KUIZ PAMERAN MAYA
Monday, 2024
KUIZ PAMERAN MAYA
JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT / LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES
Sempena Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit / Let’s Read Together For 10 Minutes 2024 yang akan diadakan pada 23 April 2024 (Selasa), mari sertai Kuiz Pameran Maya Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit / Let’s Read Together For 10 Minutes 2024.
Bagaimana cara hendak menyertainya?
Mudah sahaja, Anda perlu:
1. Mengimbas QR Kod Soalan pada poster yang disertakan di bawah ini.
2. Soalan akan disiarkan pada 23 April 2024 (Selasa) mulai jam 10:00 pagi.
3. Tarikh tutup penyertaan pada 24 April 2024 (Rabu) sebelum jam 5:00 petang.
4. Para pemenang akan dihubungi oleh Urus Setia pertandingan pada 29 April 2024 (Isnin)
- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
Waktu Operasi PERPUSTAM Sempena Aidilfitri 2024
Tuesday, 2024