SYARAT-SYARAT KEAHLIAN

  

  1. Keahlian terbuka kepada semua penduduk yang bermastautin di Negeri Melaka dan sekitarnya.
  2. Pemohonbolehmemilih untuk menjadi ahli PERCUMA atau ahli BERBAYAR.
  3. Ahli Berbayar Dewasa : RM 10.00 ; Ahli Berbayar Kanak-Kanak : RM 7.00 ; Ahli Berbayar Warga Emas : RM 5.00
  4. Pemohon dikehendaki melampirkan sebarang dokumen yang boleh mengesahkan pemohon tinggal di Melaka atau mendapatkan pengesahan tempat belajar atau majikan tempat bertugas.
  5. Kad pengenalan / MyKid akan digunakan sebagai kad ahli.
  6. Pemohon perlu mengisi satu (1) salinan borang dengan lengkap dan jelas di dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
  7. Pemohon kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah dikehendaki melampirkan satu salinan sijil kelahiran atau MyKid.
  8. Pemohon dewasa dan belia yang berumur 13 tahun ke atas dikehendaki melampirkan satu salinan kad pengenalan.
  9. Pemohon golongan kelainan upaya (OKU) perlu melampirkan salinan surat atau kad OKU.
  10. Ahli perlulah memperbaharui keahlian pada setiap tahun.
  11. Pembaharuan keahlian adalah mengikut kategori keahlian.

 

SYARAT-SYARAT PINJAMAN

 

  1. Ahli Percuma layak untuk meminjam 5 naskah buku bagi tempoh 3 minggu.
  2. Ahli Berbayar layak untuk meminjam 8 naskah buku bagi tempoh 3 minggu.
  3. Denda lewat sebanyak RM 0.10 sehari sekiranya buku tidak dipulangkan pada tarikh pemulangan yang telah ditetapkan dan jumlah maksima den daialah RM 3.50 bagi setiap buku.
  4. Setiap ahli adalah bertanggungjawab terhadap keselamatan dan kesempurnaan bahan bacaan yang telah dipinjam.
  5. Jika bahan bacaan didapati rosak atau hilang, ahli perlulah membayar harga asal buku serta wang proses sebanyak RM 5.00.
TOP SENARAI HITAM