us

Tukar Tulisan kehijauan Tukar Tulisan kemerahan Tukar Tulisan Kebiruan Kembali Asal   Kembali Asal Kembali Asal



 

SESI BICARA KOLEKSI LISAN BERSAMA TUAN YANG DIPERTUA NEGERI,
TUN MOHD KHALIL YAAKOB

 

 

BUKIT BARU, 10 APRIL – Perbadan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah mengadakan Sesi Bicara Koleksi Lisan Bersama Tuan Yang diPertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob di Perpustakaan Negeri, dekat sini, baru baru ini.

 

Pengarah PERPUSTAM, Mohamed Aizammuddy Mohamed Idris, berkata Sesi bicara yang diadakan itu adalah bertujuan untuk mengumpulkan maklumat terutama mengenai sejarah hidup dan pengalam Tun Mohd Khalil sebagai pemimpin negeri.

 

Menurutnya, sesi yang diadakan di udut Tuan Yang Terutama Yang di- Pertua Negeri Melaka, Aras 1, Perpustakaan Negeri itu turut menampilkan Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Prof.Emeritus Datuk Wira Dr. Mohd Yusoff Bin Haji Hashim yang bertindak sebagai pemudahcara bagi sesi bicra tersebut.

 

“Sesi Bicara Koleksi Lisan ini adalah bertujuan sebagai salah satu suaha bagi mengumpul serta mendapatkan maklumat mengenai Tun Mohd Khalil kerana ia boleh dijadikan rujukan kepada generasi yang akan dating.” katanya. Menurut Mohamed Aizammuddy, seiring dengan penubuhan Sudut Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka itu, langkah mengadakan sesi bicara itu dilihat akan dapat menambah lagi jumlah koleksi bahan di sudut berkenaan.

 

Pada sesi bicara itu, Tuan Mohd Khalil telah menceritakan pengalaman beliau sejak kecil hingga berjaya di dalam kerjaya sebagai pemimpin negeri termasuk pengalamannya semasa menjadi Menteri Besar Pahang, Menteri kabinet dan sebagai Yang diPertua Negeri.

 

Turut hadir pada Sesi Bicara Koleksi Lisan Bersama Tun Mohd Khalil itu EXCO Pelajaran, Pengajian tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Ivonasi Negeri, Datuk Wira Md Yunos Husin.

Laman Utama Perkhidmatan Kadar Sewa Ruang Uncategorised SESI BICARA KOLEKSI LISAN