us

Tukar Tulisan kehijauan Tukar Tulisan kemerahan Tukar Tulisan Kebiruan Kembali Asal   Kembali Asal Kembali Asal



 

AKTIVITI

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM MELAKA

 

DISEMBER 2017

Penerangan Dasar Ekonomi Negara yang telah disampaikan oleh Ybhg. Dato' Lokman Noor Bin Adam Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan Malaysia yang telah diadakan di Dewan Tuah Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka. Penerangan tersebut turut dihadiri Ybhg. En. Mohamed Aizammuddy Bin Mohamed Idris Pengarah PERPUSTAM.

Aktiviti yang dijalankan:-
1. Bicara isu semasa dan bersoal jawab bersama En. Shardizaman
2. Pertandingan Kolaj
3. Aktiviti Bola Berhantu.
4 Belajar Teknik Permainan Chess
5. Aktiviti bersama E-pustaka

Majlis Perasmian Seminar Hang Tuah dan Mesyuarat Agung Persatuan Sejarah Lisan Malaysia yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Hj. Othman Bin Muhamad, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka. Turut dihadiri Ybhg. En. Mohamed Aizammuddy Bin Mohamed Idris Pengarah PERPUSTAM mewakili Pengerusi PERPUSTAM serta Ybhg. Datuk Azemi Bin Abdul Aziz, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia memerangkap Penaung Persatuan Sejarah Lisan Malaysia. Majlis perasmian telah diadakan di Dewan Lekir, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka.

NOVEMBER 2017

Aktiviti Jom Membaca selama 10 minit telah diadakan pada 28 November 2017 di Japerun Rim bersama 500 orang penerima bantuan kebajikan masyarakat. Program ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Perpustakaan Cawangan Jasin dengan kerjasama Japerun Rim dan ia telah dijadikan aktiviti bulanan. Tujuannya adalah menggerakkan amalan membaca dalam kalangan masyarakat khususnya di Dun Rim. Tajuk artikel yang telah dipilih pada bulan ini adalah ‘‘ Banjir Risiko Penyakit Berjangkit‘’. Aktiviti ini telah berjalan dengan lancar dengan kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak. Menjadi harapan agar aktiviti ini dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan dan artikel mengenai isu-isu semasa yang diedarkan setiap bulan dapat disampaikan juga kepada ahli keluarga.

Program : Aktiviti Cuti Sekolah

Tempat : Perpustakaan Desa 1Malaysia Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh

Tarikh & Masa : 25 November 2017 - Sabtu

10.00 pg -1.00 tengahari

Aktiviti : 1 ) Teka Nama Pengarang - Dewasa

2) Kotak Beracun – Dewasa

3) Pertandingan Mewarna Pra /Tabika

 

Anjuran : Perpustakaan Desa 1Malaysia Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh.

 

Laman Utama Perkhidmatan Rangkaian Perpustakaan Zon Merlimau Perpustakaan-Perpustakaan Desa Perpustakaan Desa Pulai Uncategorised aktiviti 2017