us

Tukar Tulisan kehijauan Tukar Tulisan kemerahan Tukar Tulisan Kebiruan Kembali Asal   Kembali Asal Kembali Asal



AKTIVITI

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM MELAKA

 

APRIL 2019

 

 

 

 

Sempena Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit Tahun 2019 yang telah diadakan di Dewan Kasturi melibatkan 49 peserta.

 

 

MAC 2019

 

 

 

 

 

 

 

 

FEBRUARI 2019

Tarikh : 22 Februari 2019(Jumaat)
Tempat : Perpustakaan Cawangan Merlimau
Penyertaan : 55 Orang Kanak-Kanak Dan 3 Orang Guru

Pengisian Aktiviti :

1.        Pertandingan Mewarna (Bunga Raya)

2.       Program “Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit/Let’s Read Together For 10 Minutes”

3.       Sesi Bercerita Bertajuk “Perpustakaan”

       4.     Kuiz Spontan Berkaitan Perpustakaan

 

 

Lokasi : Sek. Keb. Masjid Tanah.
Jumlah Pelajar : 60 org pelajar
Guru Pengiring : 2 Orang

 

 

Tarikh : 17 Februari 2019 (Ahad)
Tempat : Perpustakaan Cawangan Merlimau
Perasmi: YB Dato’ Seri Paduka Khairuddin Bin Abu Hassan
(Penyelaras Parlimen Jasin) 

 

 

JANUARI 2019

 

 


Lawatan Kerja Sekolah Henry Gurney, Telok Emas Melaka ke PERPUSTAM & perbincangan untuk memajukan perpustakaan Sekolah Henry Gurney

 

 


Bengkel Pelan Strategik 2019 - 2023 Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) pada 12 hingga 13 Januari 2019 yang dikendalikan Y.Bhg. Prof Dr. Sohaimi Bin Zakaria , Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Shah Alam Selangor.

 

 

AKTIVITI

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM MELAKA

 

JULAI 2018

.

Program Ramah Mesra Warga PERPUSTAM dan PD PNM bersama Pengerusi PERPUSTAM, YB Tn Noor Effandi Bin Ahmad sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018

 

 

JUN 2018

.

7 Jun 2018 : Majlis Perasmian Pustaka Mini yang dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB. Datuk Wira Hj. Roslan Bin Ibrahim bertempat di Masjid Al-Alami MITC Ayer Keroh Melaka

 

 

 

 

MEI 2018

.

Lawatan Akademik dari UITM Kampus Puncak Perdana, Shah Alam dengan 21 pelajar dan seorang pensyarah.

 

 

 

.

 

 

 

April 2018

Majlis Perasmian Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit 2018 yang telah disempurnakan oleh YB. Datuk Wira Roslan Bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka. Majlis Perasmian Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit 2018 telah diadakan pada 24 April 2018 bertempat di Dewan Tuah, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka.

 

 

Majlis Perasmian Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Melaka 2018 yang telah dirasmikan oleh YB. Datuk Wira Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada 5 April 2018 bertempat di Dewan Tuah, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM).

 

 

MAC 2018

Majlis Perasmian Program Syarahan Perdana Pendidikan Negeri Melaka 2018 yang telah dirasmikan oleh YB. Datuk Seri Hj. Md. Yunos Bin Husin Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Dan Teknologi, Teknologi Hijau Dan Inovasi mewakili YAB Datuk Seri Utama IR. Hj Idris Bin Hj. Haron Ketua Menteri Melaka, diiringi YB. Datuk Hj. Amirudin Bin Yusof Pengerusi PERPUSTAM serta Ybhg. En. Mohamed Aizammuddy Bin Mohamed Idris Pengarah PERPUSTAM.

 

 

 

FEBRUARI 2018

Lawatan kerja PERPUSTAM ke Perpustakaan Desa RPA Sauk 2,Kuala Kangsar Perak yang merupakan Perpustakaan Desa Pertama dengan reka bentuk terkini JKR Malaysia

 

 

JANUARI 2018

Majlis taklimat dan penyerahan sumbangan buku daripada pihak SWM kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka yang telah disampaikan oleh Ybhg. En. Hisham bin Husin, Pengurus Operasi Wilayah Melaka dan Negeri Sembilan kepada Ybhg. En. Mohamed Aizammuddy bin Mohamed Idris, Pegarah PERPUSTAM

 

 

Pihak PERPUSTAM telah menerima lawatan daripada Sek. Men. Agama Persekutuan Kajang, pada 5 Januari 2018 jam 10 pagi. Para pelajar telah diterangkan mengenai fungsi perpustakaan serta didedahkan tentang perkhidmatan yang disediakan untuk orang awam dalam tujuan menarik lebih ramai untuk mengunjungi perpustakaan dari semasa ke semasa.

 

Dasar Keselamatan ICT Negeri Melaka ( Muat turun )

 

AKTIVITI

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM MELAKA

 

DISEMBER 2017

Penerangan Dasar Ekonomi Negara yang telah disampaikan oleh Ybhg. Dato' Lokman Noor Bin Adam Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan Malaysia yang telah diadakan di Dewan Tuah Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka. Penerangan tersebut turut dihadiri Ybhg. En. Mohamed Aizammuddy Bin Mohamed Idris Pengarah PERPUSTAM.

Aktiviti yang dijalankan:-
1. Bicara isu semasa dan bersoal jawab bersama En. Shardizaman
2. Pertandingan Kolaj
3. Aktiviti Bola Berhantu.
4 Belajar Teknik Permainan Chess
5. Aktiviti bersama E-pustaka

Majlis Perasmian Seminar Hang Tuah dan Mesyuarat Agung Persatuan Sejarah Lisan Malaysia yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Hj. Othman Bin Muhamad, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka. Turut dihadiri Ybhg. En. Mohamed Aizammuddy Bin Mohamed Idris Pengarah PERPUSTAM mewakili Pengerusi PERPUSTAM serta Ybhg. Datuk Azemi Bin Abdul Aziz, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia memerangkap Penaung Persatuan Sejarah Lisan Malaysia. Majlis perasmian telah diadakan di Dewan Lekir, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka.

NOVEMBER 2017

Aktiviti Jom Membaca selama 10 minit telah diadakan pada 28 November 2017 di Japerun Rim bersama 500 orang penerima bantuan kebajikan masyarakat. Program ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Perpustakaan Cawangan Jasin dengan kerjasama Japerun Rim dan ia telah dijadikan aktiviti bulanan. Tujuannya adalah menggerakkan amalan membaca dalam kalangan masyarakat khususnya di Dun Rim. Tajuk artikel yang telah dipilih pada bulan ini adalah ‘‘ Banjir Risiko Penyakit Berjangkit‘’. Aktiviti ini telah berjalan dengan lancar dengan kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak. Menjadi harapan agar aktiviti ini dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan dan artikel mengenai isu-isu semasa yang diedarkan setiap bulan dapat disampaikan juga kepada ahli keluarga.

Program : Aktiviti Cuti Sekolah

Tempat : Perpustakaan Desa 1Malaysia Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh

Tarikh & Masa : 25 November 2017 - Sabtu

10.00 pg -1.00 tengahari

Aktiviti : 1 ) Teka Nama Pengarang - Dewasa

2) Kotak Beracun – Dewasa

3) Pertandingan Mewarna Pra /Tabika

 

Anjuran : Perpustakaan Desa 1Malaysia Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh.

 

Laman Utama Info Korporat Enakmen PERPUSTAM 75 Uncategorised