BAHAGIAN KOLEKSI MELAKA

Bahagian Koleksi Melaka merupakan tempat pengumpulan khas bahan-bahan perpustakaan yang berkaitan dengan Negeri Melaka atau mengenai penduduknya, samada dalam bentuk apa-apa bahasa atau bentuk yang diterbitkan, dalam atau luar negeri dan ditulis oleh penulis-penulis dalam atau luar Negeri Melaka.

Bahagian ini berfungsi untuk memperoleh dan menyimpan sebanyak mana bahan berkenaan dengan Negeri Melaka yang merangkumi semua jenis bahan termasuk buku, artikel, majalah, manuskrip, risalah, laporan, kertas kerja, seminar, tesis, laporan tahunan dan bahan lain dalam semua bidang perkara.

1. Membina satu Koleksi Melaka yang dapat menggambarkan Warisan Negeri yang perlu disimpan dan dipelihara bagi tujuan penyelidikan dan rujukan.
2. Memberi kesedaran supaya lebih ramai orang mengambil berat mengenai sejarah, kebudayaan dan adat resam Negeri Melaka
  1. Berusaha menambah dan membina satu Koleksi Melaka yang lengkap dan dapat disimpan untuk tujuan penyelidikan dan rujukan.
  2. Ke arah mempertahankan warisan budaya bangsa.
  3. Menerokai maklumat-maklumat sejarah yang semakin terhakis ditelan zaman.
  4. Menjalankan ikhtiar supaya masyarakat mengambil berat mengenai sejarah, kebudayaan dan adat resam Negeri Melaka.

Semua bahan-bahan Koleksi Melaka akan dikatalog dan dikelaskan dan ia disimpan di dalam bilik khas yang hanya dihadkan penggunaannya kepada ahli penyelidik sahaja.

Kepentingan pembinaan Koleksi Melaka yang berkomprehensif dan sistematik akan menjamin pemeliharaan warisan budaya dan intelek negeri ini disamping menjamin ketersediaan sumber maklumat untuk tujuan dan penyelidikan mengenai Negeri Melaka.
 
1. Semua bahan yang dicetak/diterbit di dalam dan luar Negeri Melaka mengenai segala aspek dan hal ehwal Negeri Melaka atau penduduknya.
2. Bahan-bahan yang ditulis, dicetak dan diterbit oleh anak kelahiran Negeri Melaka atau yang bermastautin di Negeri Melaka.
3. Semua bahan-bahan bacaan yang dicetak/diterbit di Negeri Melaka tidak kira bentuk atau bahasa yang digunakan.
Semua maklumat mengenai Negeri Melaka di kumpul di Bahagian Koleksi Melaka samada dalam bentuk bercetak atau bukan bercetak (rakaman). Antara bahan yang terdapat di bahagian ini ialah :-
 
Terbitan Berkala
Laporan Seminar & Kertas Kerja
Buku-buku Nadir
Tesis
Buku
Audio Visual
Risalah/Dokumen Rasmi Kerajaan
Keratan Akhbar
Datuk A Samad Said
Profesor Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar
Datuk Borhan Md. Yaman
Mokhtar Yassin
Datuk Haji Ahmad Abdullah
Noor SM
Baharam Azit
Aladin Mohamad
 
  Jumlah Buku = 4290 naskah
  Koleksi Sejarah = 1445 naskah
  Tesis = 188 naskah
  Album = 112 naskah
  Kertas Kerja = 414 naskah
  Pita Video = 231 unit
  Dvd = 214 unit
  Koleksi Tokoh = 13 orang

1 . Pengguna dan penyelidik yang hendak menggunakan bahagian ini perlu membawa SURAT KEBENARAN daripada pihak sekolah/ IPT/Majikan

2 . Pengguna dan penyelidik dikehendaki mengisi borang rujukan yang disediakan sekiranya ingin membuat kajian dan rujukan.

3 . Bahan di Bahagian Koleksi Melaka cuma untuk RUJUKAN sahaja.

4. Bahan rujukan Koleksi Melaka TIDAK DIBENARKAN di bawa keluar kecuali dengan kebenaran daripada Kakitangan yang bertugas.

5.  Pengguna dan penyelidik yang ingin membuat salinan fotokopi dikehendaki MENGISI BORANG yang disediakan. Sila kepilkan bersama kad pengenalan.

6 . Setelah membuat salinan fotokopi pengguna mestilah kembalikan bahan tersebut ke Bahagian Koleksi Melaka untuk disemak oleh kakitangan bertugas.

7 . Pengguna juga dikehendaki meletakkan kembali bahan yang dirujuk ke tempat asal.

Isnin - Khamis
9.00 pagi - 5.00 petang
Jumaat
9.00 pagi - 5.00 Petang
Rehat
12.15 Tengahari - 2.45 Petang
Ahad & Cuti AM
Tutup
 
Mulai 3 Mei 2005 (selasa), semua pelajar sekolah yang ingin membuat rujukan di Bahagian Koleksi Melaka bagi tujuan Projek Kajian Tempatan (Folio) sekolah MESTI menyertakan surat daripada pihak sekolah masing-masing untuk tujuan rekod.
 
Bagi penuntut IPTA / IPTS pula mereka MESTI membawa kad pelajar / matrik.
 
Ketiadaan surat dan kad berkenaan mulai tarikh dinyatakan di atas akan menyebabkan anda tidak dibenarkan untuk menggunakan kemudahan rujukan yang disediakan di bahagian ini.
TOP

Muğla Escort Aydın Escort Çanakkale Escort Balıkesir Escort