us

Tukar Tulisan kehijauan Tukar Tulisan kemerahan Tukar Tulisan Kebiruan Kembali Asal   Kembali Asal Kembali Asal



AKTIVITI

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM MELAKA

 

JULAI 2018

.

Program Ramah Mesra Warga PERPUSTAM dan PD PNM bersama Pengerusi PERPUSTAM, YB Tn Noor Effandi Bin Ahmad sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018

 

 

JUN 2018

.

7 Jun 2018 : Majlis Perasmian Pustaka Mini yang dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB. Datuk Wira Hj. Roslan Bin Ibrahim bertempat di Masjid Al-Alami MITC Ayer Keroh Melaka

 

 

 

 

MEI 2018

.

Lawatan Akademik dari UITM Kampus Puncak Perdana, Shah Alam dengan 21 pelajar dan seorang pensyarah.

 

 

 

.

 

 

 

April 2018

Majlis Perasmian Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit 2018 yang telah disempurnakan oleh YB. Datuk Wira Roslan Bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka. Majlis Perasmian Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit 2018 telah diadakan pada 24 April 2018 bertempat di Dewan Tuah, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka.

 

 

Majlis Perasmian Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Melaka 2018 yang telah dirasmikan oleh YB. Datuk Wira Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada 5 April 2018 bertempat di Dewan Tuah, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM).

 

 

MAC 2018

Majlis Perasmian Program Syarahan Perdana Pendidikan Negeri Melaka 2018 yang telah dirasmikan oleh YB. Datuk Seri Hj. Md. Yunos Bin Husin Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Dan Teknologi, Teknologi Hijau Dan Inovasi mewakili YAB Datuk Seri Utama IR. Hj Idris Bin Hj. Haron Ketua Menteri Melaka, diiringi YB. Datuk Hj. Amirudin Bin Yusof Pengerusi PERPUSTAM serta Ybhg. En. Mohamed Aizammuddy Bin Mohamed Idris Pengarah PERPUSTAM.

 

 

 

FEBRUARI 2018

Lawatan kerja PERPUSTAM ke Perpustakaan Desa RPA Sauk 2,Kuala Kangsar Perak yang merupakan Perpustakaan Desa Pertama dengan reka bentuk terkini JKR Malaysia

 

 

JANUARI 2018

Majlis taklimat dan penyerahan sumbangan buku daripada pihak SWM kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka yang telah disampaikan oleh Ybhg. En. Hisham bin Husin, Pengurus Operasi Wilayah Melaka dan Negeri Sembilan kepada Ybhg. En. Mohamed Aizammuddy bin Mohamed Idris, Pegarah PERPUSTAM

 

 

Pihak PERPUSTAM telah menerima lawatan daripada Sek. Men. Agama Persekutuan Kajang, pada 5 Januari 2018 jam 10 pagi. Para pelajar telah diterangkan mengenai fungsi perpustakaan serta didedahkan tentang perkhidmatan yang disediakan untuk orang awam dalam tujuan menarik lebih ramai untuk mengunjungi perpustakaan dari semasa ke semasa.