
PERPUSTAM berbesar hati menerima kunjungan warga kerja Perpustakaan Kuala Lumpur dalam lawatan penanda aras bagi perkongsian amalan terbaik perkhidmatan perpustakaan serta pelaksanaan program dan aktiviti. Semoga perkongsian dan pertukaran idea ini memberi manfaat kepada kedua-dua perpustakaan dalam menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.