21.12.2020 TYT MELAKA LANCAR BUKU SEJARAH PERPUSTAM

Buku sejarah penubuhan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) berjudul "Dari Banda Hilir ke Bukit Baru: Menelusuri Sejarah & Perkembangan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) 1881-2019" telah dilancarkan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam di Dewan Hang Tuah, Perpustakaan Negeri, Bukit Baru, hari ini.

Pelancaran buku sejarah setebal 145 halaman dan berkonsepkan 'Coffee Table' itu adalah bersempena dengan Majlis Sambutan Jubli Emas Persatuan Penulis Negeri Melaka (PENAMA).

Buku yang ditulis oleh Muhammad Zaidee Daut itu memaparkan sejarah awal penubuhan perpustakaan dan dikenali dengan nama Malacca Library sebelum ditukar kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka juga memuatkan perkembangan rangkaian, perkhidmatan dan pencapaian yang diperolehi oleh PERPUSTAM sehingga tahun 2019.

Turut hadir pada majlis pelancaran buku itu Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri, Datuk Wira Latipah Omar yang mewakili Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Senator Datuk Seri Dr Mohamad Ali Mohamad, Ketua Satu Persatuan Penulis Negeri Melaka (PENAMA) yang juga Timbalan Pengerusi PERPUSTAM, Datuk Wira Othman Muhammad.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Prof Datuk Dr Awang Sariyan, Ketua 1 Gabungan Penulis Nasional (GAPENA), Prof. Datuk Zainal Abidin Borhan, Ketua Pengarah DBP, Datuk Awang Sallehuddin Abg Shokeran dan Pengarah PERPUSTAM, Mohammad Aizammuddy Mohamed Idris.

Pada majlis itu juga turut diadakan pelancaran buku terbitan PENAMA serta penyampaian Anugerah Tokoh PENAMA kepada Prof Datuk Dr Sidek Baba dan penyampaian Sijil Penghargaan Khas PENAMA kepada beberapa ahli PENAMA termasuk Tn Haji Mohd Raus Md Sam, Mat Yusof Mat Yatim dan Datin Wira Halimah Baba, Ahmad Zauawi Che Cob, Mohamad Musip dan Sahban Md Smail.

Buku Sejarah PERPUSTAM Ini juga boleh didapati di Perpustakaan Negeri Melaka dengan harga RM 50

TOP

Muğla Escort Aydın Escort Çanakkale Escort Balıkesir Escort