Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM), Encik Mohamed Aizammuddy bin Mohamed Idris menerima kunjung hormat Pengarah Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka, PKP Tuan Raja Nazril Azman bin Raja Azam Iskandar pada 6 Januari 2020.

Kunjung hormat yang diadakan itu juga adalah bertujuan untuk memperkukuhkan jalinan kerjasama antara PERPUSTAM dan Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka sebagai rakan sinergi mereka bagi memastikan amalan membaca di kalangan rakyat Melaka berterusan sepanjang masa.

Dalam kunjung hormat itu, turut diadakan perbincangan pembukaan perpustakaan Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka yang dijadual akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Tuan Adly bin Zahari pada 25 Februari 2020.

Hadir sama pada kunjung hormat itu Pegawai Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka, IP Tuan Hasan Azid dan IP Tuan Haziq Zainal manakala pegawai PERPUSTAM diwakili oleh Ketua Bahagian Gerakan Literasi Maklumat dan Zon Merlimau PERPUSTAM, Puan Nurul Hidayah binti Che’ Man.

TOP SENARAI HITAM