PESTA BUKU MELAKA 2019 kembali lagi dengan gabungan istimewa Big Bad Wolf pada 10 Oktober hingga 20 Oktober 2019 dari 10:00 pagi hingga 12:00 malam di MITC MELAKA.

Program akan dirasmikan pada 14 Oktober 2019 (Isnin) pada jam 10:30 pagi oleh YAB Tuan Adly bin Zahari, Ketua Menteri Melaka.

Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka selaku penganjur utama menjemput semua rakyat Melaka beramai-ramai hadir bagi memeriahkan Pesta Buku Melaka & Big Bad Wolf kerana selain dari jualan buku, pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti Pertandingan Mewarna, Pertandingan Bercerita Cerita Rakyat (Peringkat Akhir), Pertandingan Choral Speaking , Pertandingan Karaoke & Bintang Cilik, Bicara Buku, Pertandingan Nasyid, Kalam Jama’e, Tulisan Khat, Bicara Santai Bersama Penulis dan pameran. Cabutan bertuah juga disediakan dengan hadiah yang menarik menanti anda!

Apa lagi orang Melaka ...jangan lepaskan peluang keemasan ini!!!

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Urus Setia Pesta Buku Melaka ditalian 06-2824859 atau 06-2824861.

TOP

Muğla Escort Aydın Escort Çanakkale Escort Balıkesir Escort